Sambutan Hari Raya Aidiladha 2009 di Hamilton

Ahli komuniti sibuk melapah daging korban

Sempena sambutan Raya Haji 2009, rakyat Malaysia beragama Islam di Hammilton and Morrisville telah selamat menyempurnakan ibadat korban. Setelah selesai solat sunat Aildiladha di Hamilton Gardens, seekor lembu telah dikorbankan dan daging korban telah diagih-agihkan mengikut tuntutan agama. Lembu tersebut telah disembelih di Cambridge and kemudian dilapah dan diagihkan di rumah Hisyam di Morrisville. Sebanyak 210 kg daging dan tulang telah diperolehi. Sebahagian dari hasil ini telah digunakan untuk jamuan hari raya haji.

Pada keesokan harinya, satu jamuan raya haji telah diadakan di rumah Dr.Sazali dan keluarga di Hamilton. Sebahagian dari daging korban telah dimasak dan dijamu kepada ahli komuniti yang beragama Islam. Majlis ini disambut baik dan berjalan lancar. Tetamu kemudian beredar ke rumah Jamli dan Azilawati untuk satu lagi sambutan hari raya haji. Saya megucapkan terima kasih kepada semua ahli komuniti yang terlibat dalam sambutan raya haji tahun ini, terutamanya Saiful, Izhar dan Hisyam sebagai penganjur aktiviti korban dan Dr. Sazali dan Jamli sebagai tuan rumah sambutan hari raya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: